Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Live Menerima Beberapa Ciri Baru – Termasuk Perkongsian Silang Antara Pages

Facebook Live merupakan sokongan penstriman langsung yang ditawarkan oleh Facebook melalui laman sosial gergasi mereka. Ciri ini sendiri dikatakan meningkat dari hari ke hari, dan merupakan salah satu ciri popular – bukan sahaja untuk penstriman permainan, tetapi juga untuk tujuan berkongsi kandungan, berita dan sebagainya.

Hari ini, Facebook turut menambah beberapa ciri-ciri baru untuk Facebook Live, dan salah satunya adalah kebolehan untuk perkongsian silang antara Facebook Pages dengan mudah. Kini, sesuatu penerbit boleh menerbitkan Facebook Live yang sama terus ke beberapa Pages berbeza dengan mudah, tanpa keperluan berkongsi secara manual seperti sebelumnya. Sebelum ini, Facebook sedia menawarkan sokongan berkenaan untuk video yang telah direkodkan – dan kini ia turut diperluaskan kepada Facebook Live.

Selain daripada itu, Facebook juga turut menambah sokongan “Rewind“, yang membolehkan pengguna untuk menonton kembali beberapa babak yang tertinggal – ketika sesuatu penstriman langsung sedang berlaku. Sebelum ini, Facebook Live tidak membolehkan perkara berkenaan dilakukan, tetapi dengan perubahan baru ini, ia sekaligus membawa Facebook Live bersaing dekat dengan YouTube.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Facebook seluruh dunia, dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum semua dapat melihatnya.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Live Menerima Beberapa Ciri Baru – Termasuk Perkongsian Silang Antara Pages"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info