Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Akan Memperkenalkan Ciri “Clear History” – Memudahkan Memadam Sejarah Pelayaran Di Facebook

Pada pelayar web moden hari ini, terdapat ciri dinamakan “Clear History” yang memudahkan anda memadam pelbagai sejarah pelayaran dan kuki yang tersimpan. Kini, Mark Zuckerberg mengumumkan yang mana kelak mereka akan turut memperkenalkan ciri lebih kurang sama pada Facebook.

Melaluinya, pengguna boleh mengawal dan memadam sejarah pelayaran mereka di Facebook – termasuk berkaitan apakah yang pernah anda klik, laman yang pernah anda layari dan sebagainya.

Dengan pengenalan ciri ini juga, pengguna akan dapat melihat apakah informasi berkaitan aplikasi dan laman web yang anda berinteraksi menggunakan akaun Facebook, dan memadamnya. Seperti ramai sedia maklum, Facebook menghimpunkan sejumlah informasi dalam memudahkan paparan iklan yang berkaitan dan berguna kepada anda.

Pengenalan ciri baru ini sekaligus dijangka akan memberikan lebih kawalan privasi kepada pengguna berbanding sebelum ini. Mark dijangka berkongsi lanjut mengenai ciri ini dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Akan Memperkenalkan Ciri “Clear History” – Memudahkan Memadam Sejarah Pelayaran Di Facebook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info