Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mungkin Akan Menjual Langganan Video Melalui Aplikasi TV

Melalui aplikasi TV oleh Apple, para pengguna boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan penstriman seperti HBO, ABC, NBA League Pass dan sebagainya, akan tetapi, untuk melanggani perkhidmatan-perkhidmatan ini, mereka perlu meninggalkan aplikasi TV tersebut untuk melog masuk kedalam perkhidmatan yang ingin dilanggani.

Terkini, Apple dilihat bakal mempercepatkan proses langganan tersebut dengan ciri yang dikatakan bakal hadir, dimana pengguna boleh melanggani mana-mana perkhidmatan penstriman dibawah aplikasi TV tersebut.

Ciri ini dilihat cukup berfaedah untuk para pengguna peranti Apple kerana ia bermakna para pengguna boleh melanggani video dan sebagainya semua melalui pelbagai peranti Apple mereka.

Walaubagaimanapun, Apple masih belum lagi mengumumkan bilakah ciri ini akan hadir di aplikasi mereka, dan jika mereka akan mengambil sebarang keuntungan daripada langganan melalui aplikasi tersebut apabila ia akan hadir kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mungkin Akan Menjual Langganan Video Melalui Aplikasi TV"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info