Di acara Acer GPC di New York, Acer juga dilihat memperkenalkan sebuah komputer yang dibina khusus untuk kegunaan oleh peminat permainan komputer tegar, dan juga mereka yang bekerja didalam industri kreatif.
Komputer desktop ini dinamakan Acer Predator Orion 5000 dan Orion 3000, dan merupakan adik kepada komputer Acer Predator Orion 9000 yang diumumkan oleh Acer tahun lepas di acara IFA di Berlin.
Komputer Orion 9000 dilengkapi dengan spesifikasi yang sangat berkuasa, termasuklah CPU Intel Core i7+ 8700K yang hadir dengan sokongan untuk storan Intel Optane sebesar 32GB, memori DDR4 sebanyak 64GB, dan juga pilihan storan SSD NVMe dan juga cakera keras.
Dari segi grafik, Acer Predator Orion 5000 ini menyokong dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti didalam konfigurasi SLI untuk prestasi maksima.
Rekaan komputer Orion 5000 ini juga cukup menarik. Rangkanya hadir dengan ciri EMI-Shield (Electromagnetic Interference) yang mengurangkan kebarangkalian komponen didalam terkesan dengan masalah elektrik statik, dan pada masa yang sama, mudah dibuka untuk mengubahsuai komponen jika diperlukan.
Komputer ini juga hadir dengan sistem penyejukan IceTunnel 2.0 yang dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memastikan setiap komponen didalam komputer ini disejukkan secara cekap.
Acer Predator Orion 3000 pula hadir dengan rekaan yang hampir serupa dengan Orion 5000, dengan perbezaan utama yang dapat dilihat hanyalah melalui saiz rangka komputer tersebut, dan juga penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080.
Menurut pihak Acer, komputer-komputer Acer Predator Orion 5000 dan Orion 3000 ini akan hadir di pasaran dunia tidak lama lagi. Pasaran EMEA akan dapat melihat komputer-komputer ini seawal bulan Jun 2018, manakala pasaran Amerika Syarikat dan China pula akan dapat melihatnya pada bulan Julai kelak,
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Predator Orion 5000 Hadir Dengan Spesifikasi Tinggi, Sehingga Dua Kad Grafik GTX 1080 Ti"