Sembang Maniac

Sembang-sembang je

5 Perkara Menarik Pada Huawei Nova 2 Lite

Huawei Nova 2 Lite sudah memasuki pasaran tempatan sejak Mac yang lalu. Telefon pintar keluaran Huawei ini merupakan peranti kelas pertengahan dan mampu bersaing dengan beberapa peranti lain seperti Xiaomi Redmi Note 5. Berikut merupakan antara ciri menarik yang didapati pada peranti Nova 2 Lite dan setiap ciri ini merupakan antara sebab-sebab mengapa anda perlu memiliki peranti keluaran Huawei ini.

Rekaan Peranti Yang Moden dan Premium

Telefon pintar ini dibina dengan skrin bernisbah 18:9 bersama saiz paparan sebesar 5.99 inci. Rekaan pada panel belakang dan hadapan peranti ini juga menampakkannya lebih premium kerana diperbuat daripada kaca. Rekaan kaca pada peranti ini membawakan efek kilauan yang menarik dan ianya hadir dengan warna biru berkilat yang kelihatan premium untuk peranti yang berharga bawah RM1000.

Penggunaan Sistem Dwi Kamera

 

Kamera Nova 2 Lite ini membawakan sistem dwi kamera 13MP+2 MP dengan bukaan mode aperture yang luas serta dapat memberikan kesan bokeh yang cantik seperti kamera DSLR kepada gambar yang diambil. Kamera hadapan 8MP untuk telefon pintar ini juga mampu memberikan kesan yang cantik kepada gambar swafoto dan boleh menyesuaikan kecerahan dengan mode auto dan manual untuk menghasilkan gambar potret yang cantik.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera pada Nova 2 Lite.

Penggunaan Dua Sistem Pengesahan Biometrik

Berbeza dengan peranti-peranti yang lain, Nova 2 Lite ini mempunyai dua sistem pengesahan biometrik. Jadi bagi mereka yang kurang yakin dengan imbasan jari pada peranti ini, ciri menyah-kunci berasaskan wajah juga disediakan. Ciri ini juga boleh berfungsi walaupun keadaan sekeliling adalah gelap.

Prestasi Kegunaan Harian Yang Baik Dengan Kehadiran Cip Snapdragon 430

Prestasi kegunaan hariannya amat baik untuk sebuah peranti yang menggunakan janaan cip Snapdragon 430. Telefon pintar yang berasaskan Android 8.0 bersama EMUI 8.0 ini membuatkan pergerakkannnya menjadi lebih lancar dan efisien. Dari segi kegunaan harian, prestasinya amat baik di mana membolehkan pengguna untuk memaparkan paparan split skrin.


Rekaan split skrin ini membolehkan pengguna untuk melayari dua pelayar web dalam satu masa yang sama. Rekaan berasaskan EMUI ini juga memudahkan proses pengguna untuk merakam gambar paparan dengan hanya tap menggunakan 3 jari sahaja.

Ketahanan Bateri Sepanjang Hari

Telefon pintar ini mampu bertahan sehingga 6 jam 19 minit untuk penggunaan sepanjang hari. Jadi jangka hayat baterinya boleh dikatakan amat baik bagi peranti yang mempuyai kapasiti bateri sebesar 3000mAh. Walaupun telefon pintar ini tidak disertakan dengan sokongan pengecasan pantas, ia mampu bertahan sepanjang hari dengan kegunaan harian.


Jadi, itu sahaja lima perkara menarik tentang telefon pintar keluaran Huawei ini. Selain dari lima ciri-ciri diatas, Huawei Nova 2 Lite ini juga hadir dengan kapasiti storan sebesar 3GB RAM+ 32 GB, dwi sim dan kad mikro USB yang berasingan.

Kini telefon pintar Huawei Nova 2 Lite ini boleh didapati pada harga RM799 sahaja di pasaran Malaysia dan pada harga tersebut, ia merupakan peranti yang menyokong VoLTE dan VoWiFi yang mampu dimiliki semua.

Beli: Huawei nova 2 Lite

Penafian: Advertorial dari Huawei



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "5 Perkara Menarik Pada Huawei Nova 2 Lite"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info