Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Berkongsi Imej Acah Peranti Yang Mungkin Adalah Mi Band 3

Kali pertama Xiaomi Mi Band 3 muncul di khalayak ramai ialah pada pelancaran Black Shark beberapa minggu yang lalu. Selepas dua tahun Mi Band 2 dilancarkan, model kemaskini ini amat dinantikan pengguna yang inginkan sebuah peranti boleh-pakai yang dijual pada harga mampu milik.

Akaun rasmi Xiaomi memuat naik imej acah di atas dan meminta pengguna meneka apakah ia. Tanpa perlu memerah otak ini pastinya Mi Band 3 yang amat dinantikan. Rekaan imej acah ini berbeza dari peranti boleh-pakai pada pergelangan tangan Lei Jun dua minggu lalu. Skrin nampaknya rata dengan permukaan tali jam. Dengan imej acah ini pastinya tarikh pelancaran semakin hampir.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Berkongsi Imej Acah Peranti Yang Mungkin Adalah Mi Band 3"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info