Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubuntu 18.04 LTS Sedia Untuk Dimuat-Turun

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi popular berasaskan Linux. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru sistem operasi berkenaan, iaitu Ubuntu 18.04 untuk desktop dan juga pelayan.

Ubuntu 18.04

Menariknya, versi yang ditawarkan adalah Ubuntu 18.04 LTS, iaitu hadir dengan sokongan jangka-masa panjang selama 5 tahun – sehingga 2023 kelak. Ini sekaligus memudahkan anda menggunakan sistem operasi ini untuk tempoh masa yang lama dengan pelbagai sokongan kemaskini sekuriti dan sebagainya tanpa perlu risau untuk menaik-taraf setiap 6 bulan.

Dengan Ubuntu 18.04 LTS juga, pihak pembangunnya kini tidak lagi menawarkan versi pemasangan 64-bit untuk pengguna desktop, selain turut menggunakan GNOME sebagai ganti untuk persekitaran desktop Unity.

Sejumlah perisian yang hadir padanya dikemaskini kepada versi terkini, termasuk penggunaan LibreOffice 6.0, dan kemudahan membuat cetakkan tanpa memerlukan pemasangan perisian khusus.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun versi terkini Ubuntu ini, sekaligus mencuba sistem operasi alternatif ini.

Muat-Turun Ubuntu 18.04 LTS



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubuntu 18.04 LTS Sedia Untuk Dimuat-Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info