Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Snapchat Memperkenalkan Spectacles 2.0 Dengan Sokongan Kalis Air, Dan Kebolehan Rakam Gambar

Snapchat sebelum ini telah hadir dengan kaca mata pintar tersendiri sebelum ini dinamakan Spectacles, yang memudahkan pengguna merakamkan video dan berkongsi terus ke profil Snapchat mereka.

Spectacles 2.0

Hari ini, Snapchat turut memperkenalkan Spectacles 2.0 yang mana hadir dengan beberapa pembaharuan, termasuk sokongan kalis air, kebolehan merakam gambar dan video, selain lebih memudahkan anda menghubungkan Spectacles 2.0 ke Snapchat.

Kelajuan pemindahan rakaman video daripada kaca mata pintar Spectacles ke telefon pintar juga lebih pantas – sehingga 4 kali ganda, selain turut merakamkan hasil yang lebih berkualiti.

Dari segi saiz, ia kini lebih nipis, selain turut mengekalkan rakaman dalam bentuk bulat – membolehkan anda melihat hasil rakaman dalam bentuk yang menarik pada telefon pintar.

Spectacles 2.0 ini ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat pada harga $150 bermula hari ini, dalam pilihan warna hitam, merah dan juga biru.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snapchat Memperkenalkan Spectacles 2.0 Dengan Sokongan Kalis Air, Dan Kebolehan Rakam Gambar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info