Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Snapchat Dijangka Mengumumkan Kaca Mata Pintar Baru Pada Minggu Ini

Snap (syarikat disebalik Snapchat) sebelum ini telah memperkenalkan sebuah kaca mata pintar dinamakan sebagai Spectacles. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membuat rakaman gambar, dan terus berkongsi ke perkhidmatan sosial berkenaan.

Walaupun popular dan hangat diperkatakan ketika awal pengenalannya, namun, permintaan untuk Spectacles berkurangan dari minggu ke minggu, sekaligus gagal mencapai sasaran jualan yang diinginkan oleh syarikat berkenaan.

Apa pun, pihak Snap tidak berputus asa, dan kini dalam persiapan untuk memperkenalkan model kedua Spectacles.

Menurut Wired, Snap mungkin memperkenalkan generasi kedua Spectacles seawal minggu ini. Tiada info tambahan dikongsikan buat masa ini – termasuk menjadi tanda tanya apakah perbezaan dan penambahan ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya.

Dengan pihak Snap sendiri yang mengatur semula pelbagai perkara dalam syarikat dan penawaran aplikasi Snapchat, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yng bakal dibawakan oleh Snap melalui Spectacles 2 ini kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snapchat Dijangka Mengumumkan Kaca Mata Pintar Baru Pada Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info