Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skrin Melengkung ViewSonic XG3240C Memasuki Pasaran Malaysia Mei Ini Dengan Harga RM2299

Skrin lengkung gemar di kalangan peminat permainan video kerana ia menghasilkan pemandangan yang sinematik. ViewSonic XG3240C ialah skrin komputer melengkung yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia bulan Mei ini. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 32″ melengkung 1800R panel VA beresolusi WQHD (2560 x 1440).

Monitor ini menyokong paparan HDR10 serta teknologi AMD FreeSync. Bagi golongan gamer ia menarik kerana mempunyai kadar segar semula 144HZ. Terdapat sepasang speaker terbina dengan kekuatan 6W. Dari segi pilihan I/0 pula ia mempunyai 1 DP, 2 HDMI, 5 port USB 3.0 dan bicu audio masuk/keluar. Di Malaysia ia akan dijual pada harga RM 2299 sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skrin Melengkung ViewSonic XG3240C Memasuki Pasaran Malaysia Mei Ini Dengan Harga RM2299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info