Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skor Penanda Aras 3DMark AMD Vega 20 7nm Tertiris – Hampir Setaraf Dengan RX Vega 64 Dengan Penyejuk Cecair

Pada minggu lepas, AMD mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menguji kad grafik AMD RX Vega 20 terbaru mereka, yang dibina menggunakan proses 7nm yang terbaru dari TSMC.

Prestasi kad grafik ini dibandingkan dengan kad grafik AMD RX Vega 64 yang menggunakan penyejuk cecair untuk mendapatkan skor penanda aras yang cukup tinggi, dan berdasarkan skor 3DMark Fire Strike Performance yang digunakan, skor diantara kedua-dua kad grafik ini tidak begitu berbeza.

Kad grafik AMD RX Vega 64 dengan penyejuk cecair dilihat mempunyai skor 19963, manakala kad grafik AMD RX Vega yang terbaru mendapat skor 19794.

Dari segi spesifikasi, selain daripada menggunakan cip grafik 7nm, kad grafik terbaru ini juga mempunyai memori HBM2.0 sebanyak 32GB, dan sewaktu ujian penanda aras tersebut dilakukan, memori tersebut juga digerakkan selaju 1.25GHz, manakala GPU tersebut dilihat selaju 1GHz.

Buat masa ini, spesifikasi-spesifikasi lain masih belum diketahui lagi, dan sama ada spesifikasi yang dilihat sekarang akan hadir pada model terakhir apabila ia akan diumumkan kelak.

Apa-apa pun, kami berharap bahawa kad grafik 7nm dari AMD ini akan memberikan kesinambungan yang baik kepada siri kad grafik AMD RX Vega yang diumumkan pada tahun lepas.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skor Penanda Aras 3DMark AMD Vega 20 7nm Tertiris – Hampir Setaraf Dengan RX Vega 64 Dengan Penyejuk Cecair"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info