Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebanyak 70 Juta Telefon Pintar Dari Keluarga Moto G Telah Terjual Setakat Ini

Telefon pintar Motorola Moto G dilancarkan pada tahun 2013 dan mensasarkan pengguna yang tidak mampu membeli peranti yang mahal. Spesifikasinya tidak tinggi tetapi apabila dipadankan dengan Android Asli, ia antara peranti terlancar di pasaran. Motorola berharap dengan wujudnya Moto G, telefon pintar tidak lagi dianggap sebagai barangan mewah yang hanya boleh digunakan oleh mereka yang berkemampuan.

Lima tahun sudah berlalu dan Motorola mengesahkan sebanyak 70 juta Moto G sudah terjual setakat ini. Angka jualan ini boleh dibanggakan bagi sebuah peranti mampu milik yang tidak berspesifikasi tinggi. Tiga model Motorola Moto G6 dilancarkan hanya beberapa minggu lalu dengan spesifikasi kelas pertengahan. Pihak Motorola kini menetapkan sasaran jualan 30 juta unit untuk Moto G6. Bagi peminat peranti kelas pertengahan dengan Android Asli, Moto G masih lagi antara pilihan terbaik di pasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebanyak 70 Juta Telefon Pintar Dari Keluarga Moto G Telah Terjual Setakat Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info