Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mungkin Akan Melancarkan Telefon Pintar Android Go

Nokia 1 ialah telefon pintar pertama Android Go yang memasuki pasaran Malaysia dua minggu yang lalu. Peranti Android Go mempunyai spesifikasi yang rendah tetapi menggunakan sistem operasi yang ringan serta aplikasi yang direka untuk menggunakan RAM yang rendah. Samsung mungkin akan turut melancarkan telefon pintar yang menggunakan Android Go selepas ia tertiris ke laman Geekbench.

Markah penanda aras Samsung SM-J260G menunjukkan ia dilengkapi memori sebesar 1GB RAM dan pemproses Exynos 7570 edisi Go. Turut diketahui ialah penggunaan Android versi 8.1. Tiada peranti Android di pasaran yang menggunakan Android 8.1 setakat dan ini menguatkan lagi kebarangkalian SM-J260G ialah peranti Android Go pertama Samsung. Ia mungkin dijenamakan semula sebagai peranti di bawah keluarga Galaxy J apabila ia dilancarkan kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mungkin Akan Melancarkan Telefon Pintar Android Go"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info