Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy A6+ Dijangka Hadir Dengan Kamera Swafoto 24-megapixel

Beberapa gambar telefon pintar terbaru siri Galaxy-A daripada Samsung sedia tertiris sebelum ini, dan kini, lanjutan daripadanya, spesifikasi penuh untuk peranti berkenaan turut hadir ke arena web.

Dua peranti baru yang dijangka diperkenalkan oleh Samsung dalam masa terdekat ini dibawah siri-A adalah Galaxy A6 (2018) dan juga Galaxy A6+ (2018).

Samsung Galaxy A6 (2018) dilihat hadir dengan skrin 5.6-inci dengan paparan HD+, dilengkapi cip Exynos 7870, memori sehingga 4GB RAM, bateri berkapasiti 3000mAh, dan pengimbas cap jari dibelakang. Ia dilihat menggunaka kamera hadapan dan belakang 16-megapixel.

Galaxy A6+ (2018) pula dilihat hadir dengan skrin sedikit besar, iaitu 6-inci dengan paparan resolusi 2220×1080 pixel, menggunakan cip Snapdragon, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3500mAh.

Menariknya, Galaxy A6+ (2018) ini dijangka hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 5-megapixel, selain kamera selfie hadapan 24-megapixel dengan sokongan pencahayaan lembut.

Dengan pelbagai informasi berkaitan dengannya yang kini tertiris, kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy A6+ Dijangka Hadir Dengan Kamera Swafoto 24-megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info