Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Disaman Hampir RM11 Bilion Kerana Didakwa Melanggan Paten Sistem Biometri

Sistem biometri memudahkan pengguna memastikan keselamatan kandungan peranti. Pengimbas cap jari dan wajah kini sudah menjadi sistem standard pada hampir kesemua peranti di pasaran. Samsung ialah syarikat yang menyertakan imbasan biometri pada peranti mereka. Pada 6 April yang lalu mereka telah disaman oleh PACid Techologies kerana didakwa melanggan paten sistem biometri milik mereka.

Samsung Galaxy S9Saman bernilai $2.82 bilion (~RM 10.9 bilion) telah difailkan di mahkamah Texas Eastern District Court yang cukup popular di kalangan pemegang paten. Menurut PACid Technologies paten mereka dilanggar oleh Samsung pada peranti S6 hinggalah S8. Mereka turut mendakwa Samsung menyedari kewujudan paten mereka tetapi tetap menggunakannya tanpa kebenaran.

PACid Technologies ialah syarikat yang terkenal sebagai toyol paten. Mereka tidak menghasilkan sebarang produk. Sebelum ni mereka menyaman Google, Apple dan Nintendo. Selain Samsung, LG dan Amazon juga dipercayai akan disaman oleh PACid Technologies kerana melanggar paten yang sama.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Disaman Hampir RM11 Bilion Kerana Didakwa Melanggan Paten Sistem Biometri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info