Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paparan Skrin BenQ Zowie XL2740 Diperkenalkan – Direka Khusus Untuk Tujuan E-Sukan

Paparan skrin khas untuk tujuan permainan-permainan komputer e-sukan nampaknya semakin popular kebelakangan ini, dan BenQ nampaknya bekerja keras untuk mengumumkan siri-siri paparan skrin baru untuk tujuan itu.

Paparan skrin terbaru oleh BenQ ini dinamakan Zowie XL2740, sebuah paparan skrin bersaiz 27 inci yang hadir dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel dan mempunyai kadar segar semula 240Hz yang menggunakan panel TN (Twisted Nematic) yang menjanjikan sela masa GTG (grey-to-grey) 1ms sahaja.

Paparan Zowie XL2740 ini juga hadir dengan penghadang yang boleh ditanggal yang membolehkan pengguna untuk memberikan konsentrasi penuh kepada permainan mereka, pengawal S-Switch yang membolehkan pengguna mengubah profil paparan mereka dengan mudah dan cepat untuk permainan-permainan komputer yang berbeza.

Menurut BenQ lagi, paparan skrin Zowie XL2 740 ini akan mula dijual di kedai atas talian Lazada pada harga RM2699.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paparan Skrin BenQ Zowie XL2740 Diperkenalkan – Direka Khusus Untuk Tujuan E-Sukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info