Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Redmi Note 5, GMail Web Baru, Facebook Marketplace

Minggu ini memperlihatkan pelancaran sejumlah peranti baru, termasuk antaranya adalah Xiaomi Mi 6X, dan juga Asus Zenfone Max Pro M1.

Di Malaysia, Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 5 yang ditawarkan pada harga bermula RM799. Selain itu, jam tangan pintar Fitbit Versa turut telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. HTC turut tidak ketinggalan, dan telah mula membuka pra-tempahan HTC Desire 12 untuk pasaran tempatan.

Dalam arena web, Google kini telah mulakan ujian GMail versi web yang baru dengan sejumlah ciri-ciri menarik. Selain daripada itu, Facebook turut telah melancarkan Facebook Marketplace untuk pasaran tempatan dalam usaha memudahkan lagi urusan jual-beli.

Dan akhir sekali, pihak iFlix mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sokongan penstriman percuma melalui perkhidmatan mereka tidak lama lagi yang hadir disokong pengiklanan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Redmi Note 5, GMail Web Baru, Facebook Marketplace"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info