Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Nokia 7 Plus, Xpax Postpaid, Uber Malaysia Ditamatkan

Minggu ini menyaksikan Nokia Mobile memperkenalkan dua telefon pintar untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 7 Plus dan juga Nokia 1. Selain daripada itu, Apple turut telah menyenaraikan Apple iPhone 8 berwarna merah untuk pasaran Malaysia.

Honor Malaysia pula telah mengemaskini harga jualan untuk Honor View 10 dan juga Honor 7X – memperlihatkan potongan harga sehingga RM200. Xiaomi turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan beberapa aksesori baru, termasuk sebuah berus gigi pintar.

Dalam arena telekomunikasi, maklumat awal mengenai pelan Xpax Postpaid telah pun tertiris, dan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Unifi Mobile turut telah memperluaskan penawaran data percuma 10GB LTE sehingga penghujung April ini.

Dengan penyatuan Uber dan Grab, kini aplikasi Uber turut telah berhenti beroperasi di Malaysia.

Dan akhir sekali, Lazada dilihat telah menambah ciri Lazada Wallet untuk pasaran tempatan dalam memudahkan proses bayaran.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Nokia 7 Plus, Xpax Postpaid, Uber Malaysia Ditamatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info