Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Tubuhkan Bahagian Khusus Memfokuskan Kemaskini Perisian Pantas Untuk Telefon Pintar

Pada hari ini, salah satu perkara yang sangat tidak digemari pengguna – terutamanya peranti Android – adalah penantian kemaskini perisian yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diterima, atau kadang-kala tidak diterima langsung.

Pihak LG Electronics kini dilihat ingin mengatasi perkara berkenaan, dan telah pun menubuhkan bahagian khusus dinamakan Software Upgrade Center.

LG Software Upgrade Center

Bahagian khusus ini akan memfokuskan kepada menawarkan kemaskini perisian dan sistem operasi yang pantas kepada pengguna seluruh dunia. Bahagian ini juga akan turut memastikan penawaran pengalaman pengguna yang konsisten pada pelbagai peranti LG.

Dengan bahagian ini, pengguna seluruh dunia dijangka akan menerima kemaskini perisian dengan lebih pantas berbanding pesaing lain. LG turut mengatakan yang mana dibawah bahagian baru ini, kini mereka sedang memfokuskan kepada penawaran Android Oreo untuk LG G6 – dimana ia dijangka diperkenalkan seawal penghujung bulan April ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Tubuhkan Bahagian Khusus Memfokuskan Kemaskini Perisian Pantas Untuk Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info