Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G7 ThinQ Dijangka Hadir Dengan Butang Fizikal Khusus Untuk Google Assistant

Pada hari ini, ramai sedia maklum yang mana terdapat beberapa peranti Samsung yang hadir dengan butang fizikal untuk pembantu maya digital mereka, Bixby. Kini, mengikut jejak, LG turut dijangka menyertakan butang fizikal khusus yang didedikasikan untuk Google Assistant.

LG G7

Butang khusus ini dijangka terletak pada bahagian kiri telefon pintar berkenaan, sementara pada bahagian kanan pula terletaknya butang kuasa. Pengimbas cap jari dikatakan akan diletakkan pada bahagian belakang peranti.

Sekiranya laporan daripada Cnet ini adalah tepat, maka ia akan menjadikan LG G7 ThinQ antara peranti terawal yang hadir dengan butang khusus untuk mengakses Google Assistant.

Pada hari ini, pengguna perlu menekan butang “Home” untuk seketika bagi mengaktifkan Google Assistant – malah ramai pengguna yang masih tidak menggunakan pembantu digital maya daripada Google ini.

LG dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka pada 2 Mei kelak, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada LG ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG G7 ThinQ Dijangka Hadir Dengan Butang Fizikal Khusus Untuk Google Assistant"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info