Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Perisian NVIDIA Terbaru Menyebabkan Pengguna Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 Mengalami Masalah Boot Loop

NVIDIA baru-baru ini hadir dengan perisian kemaskini GeForce 397.31 WHQL untuk kad-kad grafik mereka, yang memberikan ciri-ciri baru seperti NVIDIA RTX dan Vulkan 1.1, dan juga kemaskini untuk permainan-permainan komputer seperti Battle Tech dan Frostpunk.

Akan tetapi, terdapat ramai pengguna kad grafik NVIDIA GTX 1060 yang menyatakan di forum NVIDIA bahawa mereka mendapati bahawa komputer mereka menghadapi masalah boot loop yang membuatkan komputer mereka tersangkut di bahagian startup.

GeForce GTX 1060

Para pengguna kad grafik yang terkesan ini berkata masalah ini berlaku apabila mereka mengemaskini perisian tersebut dan diminta untuk menghidupkan semula komputer mereka. Ini adalah prosedur biasa, akan tetapi, apabila para pengguna ini menghidupkan komputer mereka semula, mereka mendapati bahawa komputer mereka tersangkut dan tidak dapat dihidupkan dengan betul.

NVIDIA sedar akan masalah ini, dan menasihati para pengguna kad grafik tersebut untuk  menggunakan Display Driver Uninstaller, dan kemudiannya memasang perisian GeForce  391.35 WHQL, sementara NVIDIA memperbaiki masalah ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Perisian NVIDIA Terbaru Menyebabkan Pengguna Kad Grafik NVIDIA GTX 1060 Mengalami Masalah Boot Loop"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info