Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menguji Fungsi AltOS Yang Membenarkan Pemasangan Sistem Operasi Lain Pada Pixelbook

Pixelbook adalah komputer riba ChromeOS yang premium oleh Google. Ia dilancarkan bersama-sama dengan peranti Pixel 2 pada tahun lepas. Ia dikuasakan dengan cip pemproses Intel i5 dan i7 generasi ke-7 Kaby Lake dan memori 8GB atau 16GB RAM.

Walaupun Pixelbook mempunyai spesifikasi yang tinggi, ia tidak mampu menjalankan sistem operasi lain seperti Windows, Ubuntu ataupun Android. Ini kerana BIOS komputer riba ini dikunci dan tidak boleh diakses oleh sesiapa. Semalam, seorang Redditor menemui satu barisan kod dalam gerrit Chromium yang mungkin boleh membenarkan Pixelbook akhirnya menggunakan sistem operasi lain.

Barisan kod ini dinamakan sebagai “AltOS” yang berkemungkinan nama pendek untuk alternative operating system (sistem operasi alternatif). “AltOS” ini juga dikatakan mungkin fungsi dwi-boot antara ChromeOS dan Windows. Fungsi “AltOS” ini juga boleh mungkin memberi kemampuan Pixelbook untuk menggunakan sistem operasi Google yang baru iaitu Fuschia OS.

Jika “AltOS” ini hadir ke Pixelbook dalam kemaskini akan datang, adakah anda akan mencuba ciri ini? Informasi mengenai “AltOS” ini masih terhad, oleh itu sama-sama kita nantikan informasi penuh oleh Google di masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menguji Fungsi AltOS Yang Membenarkan Pemasangan Sistem Operasi Lain Pada Pixelbook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info