Sembang Maniac

Sembang-sembang je

CPU AMD Ryzen 5 1500X Dan Ryzen 3 1300X Masih Akan Dijual – APU Ryzen Desktop Dilihat Menggantikan Beberapa Model

Dengan pelancaran CPU AMD Ryzen Desktop 2000, AMD dilihat menyerang pasaran CPU tahap tertinggi dengan CPU-CPU AMD Ryzen 7 2700X, Ryzen 7 2700, Ryzen 5 2600X dan Ryzen 5 2600.

Untuk CPU kelas pertengahan pula, nampaknya AMD sudahpun mencaturkan langkah awal melalui pengumuman APU AMD Ryzen 5 2400G dan Ryzen 3 2200G yang menggabungkan CPU AMD Ryzen generasi pertama dan juga cip pemprosesan grafik Vega.

Di acara pengumuman AMD Ryzen Desktop 2000 di Bangkok, pihak AMD menyatakan bahawa APU-APU Ryzen ini akan menggantikan dua CPU AMD Ryzen, iaitu AMD Ryzen 5 1400 dan juga AMD Ryzen 3 1200.

Dalam pada itu, mereka juga menyatakan bahawa dua CPU AMD Ryzen generasi pertama akan diteruskan penjualannya, iaitu AMD Ryzen 5 1500X dan juga AMD Ryzen 3 1300X. Kedua-dua CPU ini dilihat sebagai cip pemprosesan desktop kos rendah, dan hadir dengan fungsi-fungsi yang menarik seperti Precision Boost dan XFR yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi CPU-CPU ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CPU AMD Ryzen 5 1500X Dan Ryzen 3 1300X Masih Akan Dijual – APU Ryzen Desktop Dilihat Menggantikan Beberapa Model"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info