Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dijangka Menawarkan Gantian Bateri Kembung Pada Apple Watch Series 2 Secara Percuma

Terdapat sejumlah pengguna yang menghadapi masalah bateri pada Apple Watch Series 2 yang mengembung, sekaligus membuatkan panel paparan sedikit terkeluar daripada jam berkenaan. Kini, menurut MacRumors, Apple dijangka menawarkan gantian baik-pulih secara percuma untuk Apple Watch Series 2 42mm.

Ia dikatakan Apple telah mengeluarkan polisi baik-pulih yang baru. Namun, buat masa ini, Apple masih belum mengumumkannya secara rasmi, termasuk memberitahu negara-negara yang diliputi dibawah program gantian baik-pulih baru ini.

Selain gantian untuk bateri kembung, program baru ini juga dijangka akan meliputi gantian baik-pulih untuk Apple Watch Series 2 yang tidak boleh dijalankan.

Program ini hanya meliputi model variasi 42mm sahaja, dan tiada untuk 38mm.

Kita mungkin mendengar pengumuman ini secara rasminya daripada Apple dalam masa terdekat ini – sekaligus membolehkan pengguna Apple Watch Series 2 yang bermasalah untuk berjimat dalam membaik-pulih jam tangan pintar mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dijangka Menawarkan Gantian Bateri Kembung Pada Apple Watch Series 2 Secara Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info