Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android P Akan Mengingati Tetapan Audio Aksesori Bluetooth Anda

Bluetooth adalah fungsi yang penting dalam sesebuah peranti, baik Android mahupun iOS. Dengan adanya Bluetooth, pengguna boleh menyambungkan peranti mereka dengan aksesori-aksesori lain tanpa wayar.

Untuk Android, penambahbaikan Bluetooth kerap berlaku untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik. Seperti Essential Phone, minggu lepas mereka menerima kemaskini Bluetooth 5.0 yang lebih efisien dan kualiti penyambungan yang lebih baik. Untuk Android P akan datang, ia mampu mengingati tetapan audio mana-mana aksesori yang pernah disambung.

Fungsi ini akan memudahkan pengguna untuk tidak membuat tetapan audio berkali-kali kerana Android P sudah menyimpan data tetapan tersebut. Fungsi ini disedari oleh ahli XDA, mereka menemui barisan kod di dalam commit AOSP yang kini sudah digabungkan dan akan hadir pada Android P versi percubaan pembangunan ke-2.

Tidak pasti sama ada tetapan Bluetooth ini akan di simpan di storan awan seperti tetapan WiFi dalam Android Oreo yang menyimpan nama WiFi dan kata kunci yang pernah disambungkan pada peranti.

Sama-sama kita nantikan Android P versi percubaan pembangunan ke-2 pada May 2018 akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android P Akan Mengingati Tetapan Audio Aksesori Bluetooth Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info