Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alienware Memuatkan Sebuah Bilik Di Hilton Panama Dengan Peralatan Komputer Gaming Berkuasa

Hotel yang dimuatkan dengan peranti-peranti gaming bukanlah sesuatu yang baru, dan terkini, nampaknya Alienware baru sahaja menaiktarafkan sebuah bilik hotel dengan peranti-peranti gamingnya yang terbaru.

Alienware dilihat bekerjasama dengan Hilton Panama untuk mereka sebuah bilik hotel yang hadir dengan komputer dan perkakasan gaming khusus untuk mereka yang lebih rela bermain permainan komputer daripada keluar menikmati kehijauan dan pantai-pantai Panama.

 

Bilik 2425 hotel ini dilengkapi dengan paparan skrin 4K bersaiz 65 inci, komputer Alienware yang hadir dengan spesifikasi Intel Core i7-7800 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080Ti, pengawal Xbox One, peranti realiti maya Oculus Rift, laptop Alienware yang dipasang ke sebuah paparan skrin ultra-lebar 34 inci.

Menurut Hilton Panama, harga perbelanjaan untuk tidur (ataupun bermain permainan komputer) ialah $349 semalam,



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Alienware Memuatkan Sebuah Bilik Di Hilton Panama Dengan Peralatan Komputer Gaming Berkuasa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info