Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony A7 III Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM8999

Pada penghujung Februari 2018 lepas, Sony telah memperkenalkan kamera terbaru mereka, iaitu Sony A7 III. Kini, selang beberapa minggu, pihak Sony Malaysia sudah dalam persiapan untuk membawa masuk kamera berkenaan, dan telah mula mengambil pra-tempahan untuknya.

Sony A7 III

Sony A7 III merupakan kamera nircermin dengan sensor 24.2-megapixel, serta menyokong rakaman video pada resolusi 4K. Ia turut dilengkapi cip BIONZ-X untuk pemprosesan gambar dan rakaman lebih pantas, serta sokongan sistem pemfokusan 693 titik. Kamera ini jgua dikatakan menawarkan jangka-hayat bateri yang lebih baik berbanding mana-mana kamera nircermin dipasaran hari ini.

Bagi anda yang berminat, Sony A7 III ini boleh dipra-tempah daripada hari ini sehingga 8 April 2018 kelak pada harga bermula RM8999 untuk badan sahaja, atau RM9999 untuk badan bersama lensa 28-70mm.

Pra-Tempah : Sony A7 III



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony A7 III Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM8999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info