Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Menguji Ciri Membuka Pautan Pada Aplikasi Windows 10 Mail Hanya Melalui Pelayar Edge

Windows 10 hadir dengan beberapa aplikasi secara terbina, termasuk klien emel yang dinamakan sebagai Windows 10 Mail. terkini, melalui versi pembangunan terbaru yang diuji melalui Windows Insider, pihak Microsoft menguji sedikit perubahan pada aplikasi Windows 10 Mail ini.

Melalui ujian yang dilakukan, Microsoft mengehadkan membuka sebarang pautan yang diklik pada Windows 10 Mail hanya dibuka melalui pelayar web Microsoft Edge sahaja.

Microsoft Edge

Perubahan ini akan berlaku, walaupun anda menetapkan pelayar web Chrome atau Firefox sebagai pelayar web utama anda di Windows 10.

Microsoft turut menekankan yang mana Edge menawarkan kadar sekuriti lebih baik, dan pengalaman selari untuk pengguna Windows 10 – termasuk integrasi lain untuk tujuan produktiviti.

Namun, ia mungkin tidak diminati ramai pengguna, terutamanya yang melakukan pelbagai perkara melalui pelayar web alternatif seperti Chrome atau Firefox.

Buat masa ini, ujian ini hanya dilakukan pada Windows Insider sahaja, dan implementasi pada versi akhir bergantung kepada maklumbalas daripada komuniti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Menguji Ciri Membuka Pautan Pada Aplikasi Windows 10 Mail Hanya Melalui Pelayar Edge"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info