Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih Cara Untuk Pembangun Permua Menjana Keuntungan Dari Pengiklanan Google

Pada minggu hadapan acara Game Developers Conference akan berlangsung, yang mana bakal menghimpunkan pembangun permainan video dari seluruh dunia. Bukan sahaja pembangun, malah penggiat industri juga akan turut berkongsi serba sedikit mengenai perkhidmatan mereka dan Google turut tidak terkecuali dalam ekosistem ini terutamanya dalam kategori permua (Permainan Mudah Alih).

Sejajar dengan evolusi kecanggihan telefon pintar, ia juga membuatkan telefon pintar salah satu medium permainan video dan salah satu cara untuk menjana keuntungan adalah melalui pengiklanan yang muncul dalam permua. Pada hari ini, Google telah mengumumkan beberapa fungsi pengiklanan terbaru yang ditawarkan menerusi platform AdWords & AdMob bagi membantu kelangsungan pembangun permainan video.

Iklan Video pada Google Play Store

Bagi pembangun permainan, adalah penting untuk mereka mempromosi permainan mereka di mana-mana platform. Buat masa ini, iklan berbentuk video hanya terhad kepada YouTube atau pada laman-laman tertentu yang menggunakan platform Google Display Network, namun semuanya bakal berubah tidak lama lagi kerana iklan video akan dicuba pada tahap beta, dalam masa beberapa bulan akan datang. Pengguna yang melayari Google Play Store bakal melihat iklan video ini dan sekaligus, memudahkan mereka memuat-turun permainan tersebut.

Tonton Iklan Untuk Mendapatkan Nyawa Dari AdMob

Salah satu pengalaman yang menjengkelkan sewaktu bermain permua adalah iklan yang kerap mengganggu pengalaman bermain. Atau sekiranya nyawa tamat dan memerlukan pemain membelinya. Ini bakal berubah apabila pilihan pengiklanan menerusi platform AdMob membolehkan pengguna memilih untuk menonton iklan bagi menerima nyawa tambahan yang boleh digunakan untuk meneruskan permainan. Malah iklan sebegini tidak akan mengganggu permainan sebaliknya turut membantu pembangun permua dalam menjana keuntungan.

Jika tahun lalu mereka meletakkan iklan video sepanjang 6 sehingga 60 saat, kini pembangun boleh memilih sama ada pemain perlu memilih untuk menonton salah satu iklan, atau mendapatkan nyawa atau kuasa tertentu dengan bermainan permainan mudah, sekaligus menambahkan masa penggunaan permua..

Open Bidding Untuk Pengiklanan

Bagi pembangun permua yang biasa dengan pengiklanan, terma Open Bidding sudah tentu satu fungsi yang bakal menjana lebih keuntungan. Rangkaian pengiklanan seperti Smaato, Index Exchange, OpenX, AdColony dan pelbagai lagi perkhidmatan pengiklanan akan membida ruang pengiklanan dalam permua, dan iklan yang lebih relevan serta berbaloi untuk pembangun akan dipaparkan.


Kesemua fungsi-fungsi pengiklanan ini akan hadir secara berperingkat, dan melalui fasa beta percubaan terlebih dahulu, namun berita ini semestinya dinantikan oleh pelbagai pembangun permua yang sekaligus dapat dimanfaatkan bagi meneruskan kelansungan syarikat mereka. Terdahulu Google turut mengumumkan Google Maps API tersedia digunakan untuk pembangun permua.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih Cara Untuk Pembangun Permua Menjana Keuntungan Dari Pengiklanan Google"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info