Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kamera Nircermin Fujifilm XH-1 Kini Di Pasaran Malaysia – Hadir Bermula Pada Harga RM7988

Fujifilm ialah sebuah jenama pembuat kamera yang terkemuka dari Jepun, dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan kamera nircermin siri X terbaru mereka iaitu Fujifilm XH-1 untuk pasaran tempatan.

Jurucakap Fujifilm, kamera Fujifilm XH-1 berkata bahawa kamera ini direka untuk pengguna profesional dan prosumer yang inginkan kualiti gambar dan video yang tinggi, bersama-sama dengan penghasilan-semula warna yang lebih tepat.

Dari segi spesifikasi, kamera XH-1 ini hadir dengan sensor X-Trans CMOS III bersaiz 24 Megapixel bersama-sama dengan pemproses gambar X-Processor Pro dan sistem penstabilan lima paksi (5-axis stabilization) menjanjikan gambar yang tajam dan berkualiti tinggi, terutama sekali jika kamera ini digunakan dengan lensa Fujinon XF mereka.

Kamera XH-1 ini juga menggabungkan kualiti imej gambar kamera mereka didalam rakaman video mereka melalui teknologi simulasi filem yang dinamakan ETERNA yang juga hadir dengan ciri penjejakan autofokus video yang dinamakan Movement Tracking Performance bersama-sama kebolehan untuk merakam video pada bitrate 200Mbps.

Kamera Fujifilm XH-1 ini sudahpun mula dijual di kedai-kedai Fujifilm Wonder Shop dan juga pengedar-pengedar yang disahkan pada harga RM7988 untuk badan kamera tersebut sahaja, dan RM9188 untuk kamera bersama-sama dengan penggenggam bateri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera Nircermin Fujifilm XH-1 Kini Di Pasaran Malaysia – Hadir Bermula Pada Harga RM7988"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info