Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jumlah Peminat E-Sukan Di Malaysia Dijangka Mencapai Seramai 2.4 Juta Orang Tahun Ini

Arena e-sukan semakin popular dari hari ke hari, dimana bukan sahaja dijayakan melalui pelbagai variasi permainan yang ditawarkan untuk pengguna – tetapi juga adalah disebabkan oleh peminatnya.

Bercakap mengenainya, hari ini ia dikongsikan yang mana jumlah peminat e-sukan di Malaysia dijangka mencapai seramai 2.4 juta orang pada tahun 2018 ini. Ia memperlihatkan peningkatan positif berbanding pada 2016 yang lepas, dimana ketika itu peminat e-sukan di Malaysia berjumlah sekitar 1.8 juta.

Selari dengan ini, ekonomi e-sukan global dijangka akan turut meningkat menghampiri $1 bilion, atau lebih tepat lagi, mencapai sekitar $905.6 juta pada tahun ini.

Dengan ekonomi e-sukan dan peminatnya yang meningkat naik dari hari ke hari, tidak mustahil kita melihat lebih banyak jenama memfokuskan kepada arena berkenaan, sekaligus menarik minat anak muda dalam menyertainya dan menyokong pasukan kegemaran mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jumlah Peminat E-Sukan Di Malaysia Dijangka Mencapai Seramai 2.4 Juta Orang Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info