Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P20 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera 40-Megapixel

Huawei bakal melancarkan telefon pintar siri P20 secara rasminya pada minggu hadapan. Menariknya, sejumlah informasi berkaitan telefon pintar berkenaan telah tertiris sebelum ini, dan kini, beberapa info awal berkaitan kamera pada Huawei P20 Pro turut hadir ke arena web.

Dikongsikan oleh WinFuture, Huawei P20 Pro dikatakan bakal hadir dengan sokongan kamera 40-megapixel bersama-sama dengannya. Seperti ramai sedia maklum, gambar P20 Pro telah tertiris sebelum ini memperlihatkan tiga kamera belakang, selain mengekalkan penjenamaan Leica padanya.

Huawei P20 Pro

Ia dikatakan sensor utama menawarkan rakaman 40-megapixel, sementara satu lagi sensor hadir dengan sokongan zoom hibrid sehingga 5-kali. Sensor ketiga pula dijangka mengekalkan ciri seperti sebelum-sebelum ini yang membolehkan rakaman gambar dalam bentuk hitam-putih.

Disamping itu, satu lagi ciri yang dijangka disertakan bersama pada Huawei P20 Pro ini adalah sokongan rakaman gerak-perlahan – membolehkan pengguna merakamkan video gerak-perlahan pada kadar 960fps.

Dengan pelbagai ciri-ciri kamera menarik ini, Huawei mungkin dapat mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia, selain memberikan lebih cabaran kepada jenama lain sedia ada.

Seperti biasa, kita akan mengetahui lanjut mengenai peranti Huawei P20 Pro ini secara rasminya pada pelancaran siri-P20 pada 27 Mac kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P20 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera 40-Megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info