Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Chrome Bakal Menyokong Notifikasi Melalui Action Center Windows 10

Windows 10 mempunyai satu ruang notifikasi yang dinamakan Action Center. Action Center memaparkan notifikasi-notifikasi seperti emel, kemaskini dan juga pembantu maya Cortana. Tetapi Action Center ini tidak mampu memaparkan notifikasi dari Google Chrome, sedangkan pelayar web ini mempunyai sokongan pemberitahuan notifikasi.

Ciri notifikasi Chrome pada Action Center Windows 10 sudah banyak kali diminta oleh pengguna. Mereka mahukan Chrome dan Windows mengintegrasikan notifikasi ini pada satu ruang sahaja. Kerana bagi mereka, notifikasi berasingan pada Chrome dan Action Center agak menyusahkan.

Pada Commit number 955244 terdapat satu butiran jelas mengatakan “Windows Native Notifications: Enable flag toggling on Windows”. Ciri ini akan memudahkan pengguna dan menerima notifikasi pada satu ruang sahaja dan ia akan tampak lebih kemas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Chrome Bakal Menyokong Notifikasi Melalui Action Center Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info