Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android Wear Kini Secara Rasminya Dikenali Sebagai Wear OS

Desas-desus mengenai penjenamaan semula Android Wear telah kedengaran sejak beberapa hari yang lepas, dan kini, Google telah pun menerbitkan sebuah halaman baru dinamakan Wear OS by Google, sekaligus menjadikan penjenamaan semula ini rasmi.

Buat masa ini, ia hanya lebih kepada penjenamaan sistem operasi jam tangan pintar berkenaan, dan masih tiada perbezaan dari segi ciri-ciri dan fungsi yang ditawarkan. Beberapa pengguna turut dilaporkan telah menerima kemaskini aplikasi Android Wear baru yang menjenamakannya semula kepada Wear OS.

Wear OS

Sebab disebalik penjenamaan tidak diumumkan lagi oleh Google ketika artikel ini ditulis. Namun, bagi kami sendiri mungkin ini kerana jam tangan pintar menggunakan sistem ini turut boleh digunakan bersama iPhone mahupun Android. Disamping itu, dengan penjenamaan semula ini, ia sekaligus memudahkan proses kemaskininya supaya tidak mengikut latar pembangunan Android biasa.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai Wear OS ini dalam Google I/O akan datang kelak.

Layari : Wear OS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android Wear Kini Secara Rasminya Dikenali Sebagai Wear OS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info