Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Airbnb Experiences Menawarkan Pengalaman Percutian Dan Perlancongan Menarik Disesuatu Bandar

Airbnb merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh ramai pelancong untuk mendapatkan tempat tinggal sementara pada harga yang lebih berpatutan berbanding dengan hotel dan sebagainya. Selain daripada itu sahaja, Airbnb juga turut menawarkan Airbnb Experiences yang kini dilihat turut diperluaskan ke Kuala Lumpur.

Melalui Airbnb Experiences, seseorang boleh membuat tempahan untuk ke sesuatu lokasi dan mendapatkan pengalaman menarik yang unik disana. Ia lebih ditujukan kepada para pelancong untuk mendapatkan pengalaman dan mengetahui sesuatu keunikkan di bandar yang dilawati mereka.

Airbnb Experiences

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, pengguna boleh membuat tempahan untuk beberapa pengalaman menarik, termasuk melakar batik tersendiri, mendaki air terjun, mempelajari tarian tradisional, belajar memasak dan sebagainya.

Dengan pengenalan ini, Airbnb sekaligus memainkan peranan penting dalam memperkembangkan industri pelancongan di sesuatu bandar – selain untuk pelancong pula, anda boleh membuat tempahan percutian dan tempat tinggal terus menggunakan platform yang sama.

Layari : Airbnb Experiences



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Airbnb Experiences Menawarkan Pengalaman Percutian Dan Perlancongan Menarik Disesuatu Bandar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info