Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Xiaomi Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video?

Pada tahun lepas, kita telah melihat Razer hadir dengan penawaran telefon pintar memfokuskan permainan video, selain Honor turut memposisikan Honor 8 Pro sebagai telefon yang dioptimasikan untuk permainan video.

Kini, hadir desas-desus baru mengatakan Xiaomi turut akan menyertai arena lebih kurang sama dalam masa terdekat. Ia dikatakan jenama subsidiari bawah Xiaomi, dikenali Black Shark akan mengeluarkan telefon pintar berkenaan – dimana dijangka hadir dengan pemprosesan berkuasa, grafik yang baik, dan kebolehan penyejukan yang dioptimasikan melaluinya.

Xiaomi dikatakan mempunyai pegangan sebanyak 22% pada syarikat Black Shark ini, dan mungkin ia turut ditawarkan melalui platform Xiaomi yang sedia menawarkan sejumlah produk subsiadiari yang lain dari segi audio, kamera dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Xiaomi Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info