Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Semakin Ramai Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Menarik Dalam Swafoto

Sekiranya anda gemar menggunakan aplikasi laman media sosial, anda tidak boleh lari dari melihat ribuan swafoto yang dimuat naik. Trend swafoto masih belum menunjukkan akan berakhir malahan semakin meningkat sehingga pengeluar peranti menggunakan sensor lebih besar pada kamera hadapan. Kamera yang lebih baik akan menghasilkan swafoto yang lebih menarik.

Menurut pungutan suara yang dilakukan oleh The American Academy of Facial Plastic and Reconstructive Surgery (AAFPRS) tahun lalu, semakin ramai melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan menarik di dalam swafoto. Sebanyak 55% responden mengakui menjalani prosedur kecantikan berbanding hanya 13% pada tahun 2016. Peningkatan yang mendadak ini adalah kerana wajah yang menarik di media sosial kini boleh membuka pintu kepada kepopularan, menjana pendapatan dan menjadikan diri terkenal.

Kerjaya sebagai influencer kini tidak lagi dipandang ringan dengan pendapatan boleh mencecah jutaan ringgit dengan hanya mengiklankan produk. Di dalam pasaran yang dipenuhi ribuan individu yang cantik mata dipandang, mengekalkan kecantikan wajah adalah penting.

Prosedur kosmetik yang paling popular masih lagi suntingan Botox diikuti oleh penggunaan filler. Di Malaysia stigma melakukan pembedahan plastik kini semakin berkurangan dan dianggap normal dengan selebriti mengakui melakukan prosedur kosmetik. Adakah anda sanggup melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik?

Sumber AAFPRS menerusi Harper’s Bazaar



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Semakin Ramai Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Menarik Dalam Swafoto"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info