Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paten Terkini Samsung Memberikan Petunjuk Note 9 Mungkin Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin

Vivo X20Plus UD membuktikan peranti dengan pengimbas cap jari terbina skrin mampu dihasilkan. Ia akan menjadi peranti pemangkin yang akan menjadi ikutan pengeluar lain selepas trend penggunaan skrin nirbingkai tahun lalu. Samsung akan melancarkan Galaxy S8 dalam masa dua minggu, tidak seperti X20Plus UD ia dipercayai tidak dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai perancangan untuk menyertakannya di masa hadapan. Sebuah paten baru yang difailkan oleh Samsung telah muncul di laman WIPO menunjukkan rekaan untuk sistem pengimbas cap jari terbina pada skrin. Ini memberikan petunjuk ia mungkin akan digunakan pada Galaxy Note 9 kelak.

Ini bukanlah paten pertama sistem ini yang difailkan oleh Samsung. Pada Oktober tahun lalu mereka memfailkan sistem ini tetapi ia tidak hadir dengan lakaran sistem yang jelas seperti di atas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paten Terkini Samsung Memberikan Petunjuk Note 9 Mungkin Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info