Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PatchMyPC 4.0 Memastikan Perisian Terkini Digunakan Pada Komputer Windows Anda

Boleh dikatakan hampir setiap minggu terdapat beberapa perisian baru yang dikemaskini oleh para pembangun – dimana ada yang menyertakan ciri-ciri baru, dan tidak ketinggalan adalah perisian yang dikemaskini untuk mengatasi masalah kerentanan dan sekuriti.

Proses mengemaskini perisian pada komputer boleh dikatakan agak mencabar dan sukar berbanding pada peranti mudah-alih yang diuruskan melalui kedai aplikasi.

Pada komputer Windows, salah satu perisian yang ingin membantu memudahkan proses berkenaan adalah PatchMyPC. Pembangunnya kini telah pun mengemaskini perisian berkenaan dan menawarkan PatchMyPC 4.0.

Patch My PC

Melaluinya, anda hanya perlu menjalankannya, dan ia akan mengimbas komputer anda serta-merta dan memaparkan perisian yang boleh dikemaskini. Pengguna boleh memilih untuk mengemaskininya, dan ia akan mengemaskini dan menaik-taraf sesuatu perisian kepada versi terkini dengan pantas dan mudah.

Patch My PC

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows, anda boleh menyemak penawaran terbaru ini, dan memastikan komputer anda menggunakan perisian versi terkini sentiasa.

Muat-Turun Patch My PC 4.0



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PatchMyPC 4.0 Memastikan Perisian Terkini Digunakan Pada Komputer Windows Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info