Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Papan Kekunci Swype Untuk Android Dan iOS Dihentikan Pembangunannya

Swype merupakan salah satu aplikasi papan kekunci maya yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih. Ia menawarkan kemudahan untuk pengguna menaip sesuatu perkataan dengan hanya meleretkan jari dari satu huruf ke huruf yang lain – dan dengan sokongan pembelajaran mesin, ia boleh meramalkan perkataan yang sedan anda menaip.

Sebelum ini, papan kekunci ini telah diambil-alih oleh Nuance, dan kini, selepas sekian lama tanpa kemaskini, pembangunnya mengesahkan yang mana papan kekunci Swype untuk Android dan iOS telah dihentikan pembangunan dan penawarannya.

Bagi pengguna sedia ada, anda masih boleh kekal menggunakannya seperti biasa buat masa ini. Namun, bergerak kehadapan, aplikasi berkenaan mungkin tidak disokong dan mungkin tidak berfungsi dengan lancar.

Sekiranya anda sedang melihat kepada papan kekunci alternatif, kami sendiri mencadangkan menggunakan aplikasi Gboard daripada Google yang hadir dengan rekaan dan ciri-ciri menarik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Kekunci Swype Untuk Android Dan iOS Dihentikan Pembangunannya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info