Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Laman Ini Membantu Anda Menganalisa Akaun Instagram Untuk Pengikut Palsu Dan Sebagainya

Pada hari ini, dengan laman sosial seperti Instagram, ramai pengguna yang mula mengejar populariti dan membeli pengikut palsu dalam menampakkan angka pengikut mereka tinggi dan sebagainya. Perkara ini adalah suatu yang tidak digalakkan kerana ada yang membuat perkongsian berbayar – dan membuatkan klien dan penaja berkaitan tidak dapat hasil yang dijangka kerana pengikut palsu pada sesuatu akaun berkenaan tidak menghasilkan apa-apa kesan positif.

Kini, dalam mengatasi hal berkenaan, dan memudahkan anda menyemak terlebih dahulu sesuatu akaun sebelum melakukan perkongsian berbayar atau melantik mereka sebagai Influencer untuk jenama anda, salah satu laman yang boleh membantu adalah HypeAuditor.

HypeAuditor memfokuskan kepada Instagram sahaja buat masa ini. Menggunakan laman ini, anda boleh membuat analisa untuk sesuatu akaun, dan mendapatkan hasilnya dalam masa sekitar kurang 30 minit.

Auditor Instagram

Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna sesuatu akaun Instagram, dan ia akan menganalisa dan memaparkan hasil laporan menyeluruh dengan sejumlah data menarik.

Antaranya adalah termasuk peratusan pengguna palsu pada sesuatu akaun, darimanakah pengikut mereka, kadar perbincangan yang berlaku pada perkongsian, dan sebagainya.

Auditor Instagram

Dengan era pemasaran media sosial yang semakin popular akhir-akhir ini, bagi kami, laman ini sangat membantu anda dalam menganalisa sesuatu akaun Instagram terlebih dahulu sebelum memilih untuk mengiklan melaluinya.

Perkhidmatan HypeAuditor ditawarkan secara percuma untuk semakan sebanyak tiga akaun, dan seterusnya akan dikenakan sedikit bayaran. Ia mungkin sangat berbaloi bagi anda yang sering melakukan pemasaran menggunakan media sosial – dan menentukan siapakah yang harus anda pilih dalam mendapatkan hasil pemasaran yang positif.

Layari : HypeAuditor



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laman Ini Membantu Anda Menganalisa Akaun Instagram Untuk Pengikut Palsu Dan Sebagainya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info