Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Oppo Mungkin Memperkenalkan Kembali Siri Oppo Find Pada Tahun Ini

Oppo mempunyai penawaran telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka dibawah nama Oppo Find. Peranti paling akhir diperkenalkan adalah Oppo Find 7 pada 2014 yang lepas – dimana peranti berkenaan menerima maklumbalas positif dan ramai pengguna yang meminatinya.

Kini, desas-desus awal mengatakan Oppo mungkin membawa kembali peranti dibawah siri berkenaan selepas 4 tahun dilancarkan, dan mengintegrasikan beberapa ciri-ciri menarik.

Oppo SuperVOOC

Salah satu ciri yang dijangka disertakan adalah sokongan pengecasan pantas Super VOOC yang telah dipertontonkan pada 2016 lepas oleh Oppo – membolehkan peranti dengan kapasiti bateri 2500mAh dicas penuh dalam masa hanya 15 minit.

Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai desas-desus sahaja – dan mungkin sekiranya Oppo merancang memperkenalkan Find 9 pada 2018 ini, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Oppo Mungkin Memperkenalkan Kembali Siri Oppo Find Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info