Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tanda Harga Laptop Gaming Thunderobot Tertiris Di Laman Lazada Beberapa Hari Sebelum Pengumumannya

Thunderobot, syarikat pembuat peranti gaming dari jenama elektronik Haier bakal mengumumkan kehadiran mereka di Malaysia dalam beberapa hari lagi, dan terkini, nampaknya model-model laptop serta tanda harga telahpun ditunjukkan di kedai atas-talian Lazada.

Thunderobot dilihat bakal hadir dengan empat laptop untuk pasaran Malaysia, termasuklah Thunderobot 911 SE, Thunderobot ST Plus, Thunderobot TR 911 GT dan juga Thunderobot Dino.

Thunderobot 911 SE merupakan laptop yang paling murah di dalam siri ini, dan hadir dengan spesifikasi paparan Full HD bersaiz 15.6 inci, CPU Intel Core i5-7300HQ, memori DDR4 8GB, storan SSD 128GB, cakera keras 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti.

Thunderobot ST Plus pula hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan laptop Thunderobot 911 SE, dengan satu perbezaan sahaja, iaitu penggunaan CPU Intel Core i7-7700HQ.

Laptop Thunderobot TR 911 GT pula hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD 256GB dan juga storan cakera keras 1TB. Dalam pada itu, laptop ini juga hadir dengan kad grafik berkuasa NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB.

Akhir sekali, Thunderobot Dino dilihat laptop paling berkuasa yang akan hadir daripada syarikat tersebut buat masa ini. Spesifikasi laptop ini termasuklah CPU Intel Core i7-7700HQ, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD 256GB dan juga cakera keras sebesar 1TB. Paparan 17.3 inci laptop ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz dan dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070.

Menurut screencap laman web Lazada, tanda harga laptop-laptop ini adalah seperti berikut:

  • Thunderobot 911 SE – RM4499
  • Thunderobot ST Plus – RM4899
  • Thunderobot TR 911GT – RM7099
  • Thunderobot Dino – RM8889


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tanda Harga Laptop Gaming Thunderobot Tertiris Di Laman Lazada Beberapa Hari Sebelum Pengumumannya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info