Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Pokemon Go Untuk iPhone 5 Dan Sebelumnya Akan Ditamatkan Pada 27 Februari

Pokemon Go merupakan salah satu permainan interaktif mengabungkan dunia maya dan realiti yang telah menjadi bualan hangat sejak ia diperkenalkan. Walaupun ia sedikit kurang popular pada hari ini, tetapi permainan berkenaan masih aktif dimainkan ramai pengguna seluruh dunia.

Berkongsi mengenai perkembangan baru permainan berkenaan, kini pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk peranti yang tidak menerima kemaskini iOS 11.

Ini bermakna, peranti seperti iPhone 5, iPhone 5C, iPad, iPad Mini, dan iPad 2 tidak akan dapat memainkan permainan ini selepas ini.

Pembangunnya mengatakan sokongan untuknya akan ditamatkan selepas 27 Februari 2018 kelak. Seperti biasa, anda perlu menaik taraf peranti anda sekiranya ingin terus memainkan permainan berkenaan pada iPhone atau iPad anda.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih aktif memainkan permua Pokemon Go ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Pokemon Go Untuk iPhone 5 Dan Sebelumnya Akan Ditamatkan Pada 27 Februari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info