Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy A8 (2018) Dan A8+ (2018) Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 1799

Terdapat banyak peranti kelas pertengahan di Malaysia kesemuanya dengan fungsi unik masing-masing. Pasaran peranti kelas pertengahan adalah tahun ini semakin sengit dengan pelancaran secara rasmi Samsung Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) di Malaysia hari ini.

Samsung Galaxy A8 hadir dengan skrin 5.6-inci dengan paparan FHD+ Super AMOLED, menggunakan memori 4GB RAM, dan storan 32B. Galaxy A8 hadir dengan bateri 3000mAh secara terbina.

Samsung Galaxy A8+ (2018) pula hadir dengan skrin sedikit besar, iaitu 6-inci dengan paparan FHD+, Super AMOLED, serta penawaran memori 6GB dan ruangan storan 64GB. Dengan saiz lebih besar, ia juga memuatkan bateri berkapasiti 3500mAh.

Telefon pintar ini juga adalah telefon pertama di bawah siri Galaxy A pertama yang menggunakan rekaan hampir nirbingkai dengan paparan nisbah 18.5:9.

Galaxy A8 2018

Kedua-duanya dijana pemproses Exynos 7885, dilengkapi kamera belakang 16-Megapixel f/1.7, dan buat pertama kalinya Samsung menyertakan dwi-kamera pada bahagian hadapan 16+8 Megapixel f/1.9+f/1.9 pada bahagian hadapan. Melalui penggunaan kamera ini, ia menawarkan ciri Live Focus untuk kamera hadapan, selain sokongan seperti Beauty Mode dan juga Stickers.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan pengecasan pantas USB-C, dan sistem operasi Android 7.1.1 dengan antaramuka khusus Samsung. Sokongan kalis air IP68 dan pembantu maya Bixby turut disertakan pada telefon pintar siri Galaxy A8 (2018) ini.

Kedua-dua peranti ini akan mula dijual pada 19 Januari ini pada harga RM 1799 untuk Samsung Galaxy A8 (2108) dan RM 2499 untuk Galaxy A8+ (2018).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy A8 (2018) Dan A8+ (2018) Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 1799"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info