Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus Mengesahkan Laman Mereka Digodam – Data Kad Kredit Dicuri

OnePlus sebelum ini telah memulakan siasatan dalaman lanjutan daripada pelbagai laporan pengguna mengatakan kad kredit mereka menerima caj tambahan baru yang meragukan. Sejumlah pengguna mengatakan mereka hanya menggunakan kad kredit berkenaan di laman OnePlus sahaja – sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai kesannya pada laman berkenaan.

Kini, selepas melakukan siasatan, pihak OnePlus mengesahkan laman oneplus.net telah digodam dan skrip hasad telah ditambah pada sistem mereka. Melalui skrip berkenaan, ia sekaligus mencuri data kad kredit pengguna yang melakukan pembelian melalui laman mereka.

OnePlus mengatakan pengguna yang membeli menggunakan kad kredit antara pertengahan November 2017 ke 11 Januari 2018 yang lepas mungkin terkesan.

OnePlus mengatakan mereka meminta maaf disebabkan perkara ini, dan telah mula menghantar emel kepada sekitar 40,000 orang pengguna yang terkesan disebabkan oleh hal ini.

Seperti biasa, pihak OnePlus meminta pengguna membuat semakan kenyataan bank untuk mengelak sebarang caj meragukan berlaku.

Bagi pengguna tempatan yang membeli melalui pengedar tempatan, anda tidak terkesan dengan hal ini. Tetapi, sekiranya anda membeli menggunakan laman oneplus.net pada tempoh yang dinyatakan, maka data anda mungkin terlibat sama dalam ketirisan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Mengesahkan Laman Mereka Digodam – Data Kad Kredit Dicuri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info