Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 3/3T Akan Menerima Ciri Nyah-Kunci Menggunakan Wajah Pada Beta Akan Datang

Pihak OnePlus sebelum ini telah memperkenalkan ciri nyah-kunci menggunakan wajah atau namanya, Face Unlock pada OnePlus 5T. Selepas itu, ciri berkenaan turut diperluaskan kepada pengguna OnePlus 5 melalui kemaskini perisian.

Selepas mengumpulkan maklumbalas untuk membawanya ke OnePlus 3 dan OnePlus 3T sebelum ini, kini pihak OnePlus turut mengesahkan yang mana ciri berkenaan akan hadir ke kedua-dua peranti keluaran 2016 ini dalam bentuk ciri beta.

CEO OnePlus dipetik mengatakan yang mana ia tidak memberikan mereka sebarang sebab untuk memperkenalkan sebuah ciri yang mudah diperkenalkan.

Walaubagaimanpun, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan ciri berkenaan secara meluas kepada pengguna kedua-dua peranti berkenaan. Kita mungkin akan dapat melihat implementasinya pada versi beta perisian untuk OnePlus 3/3T dalam beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 3/3T Akan Menerima Ciri Nyah-Kunci Menggunakan Wajah Pada Beta Akan Datang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info