Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Bakal Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin 18:9 Pada 4 Januari

Dengan perlumbaan pelbagai pengeluar untuk memperkenalkan telefon dengan skrin 18:9 tersendiri, pihak Meizu turut tidak ingin ketinggalan. Kini, pengeluar dari China berkenaan mengumumkan mereka akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar terbaru mereka pada 4 Januari 2018 ini.

Meizu 18:9

Mengikut desas-desus, ia dikatakan mungkin dilancarkan dibawah siri-M yang baru, dimana selain daripada skrin 18:9, Meizu turut dikatakan mungkin menyertakan butang kuasa dan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti. Seperti beberapa peranti Meizu sebelum ini, peranti baru ini juga mungkin dilengkapi cip daripada Samsung.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah pengumuman peranti baru daripada Meizu pada minggu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Bakal Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin 18:9 Pada 4 Januari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info