Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerentanan Sekuriti Pada Rekaan Cip Intel Dilaporkan – Kemaskininya Dijangka Memperlahankan Komputer

Sebuah kerentanan sekuriti dilihat ditemui pada rekaan cip pemprosesan Intel, yang mana akan memerlukan kemaskini dari segi sistem operasi Windows, Linux dan Mac tidak lama lagi. Apakah kerentanan berkenaan masih tidak diumumkan lagi, tetapi ia dikatakan perlu diatasi melalui kemaskini pada kernel sistem operasi.

Buat masa ini, pihak Microsoft telah mula menguji kemaskini untuknya melalui Windows Insiders, sebaliknya Linux turut telah mula memperlihatkan perubahan pada pembangunan mereka. Apple turut perlu mengemaskini kemaskini pada macOS, tetapi ia tidak diketahui bilakah perkara berkenaan akan ditawarkan.

Ia dikatakan masalah ini hadir pada cip Intel, dan hanya boleh diatasi melalui kemaskini pada tahap sistem operasi – atau pengguna perlu menggantikan cip pemprosesan mereka.

Apa pun, apa yang mungkin mendukacitakan ramai pengguna adalah dimana kemaskini sistem operasi untuk mengatasi masalah ini dijangka akan memberikan impak pengurangan prestasi untuk komputer antara 5-30% berbanding sebelumnya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai masalah ini, termasuk penawaran kemaskini daripada pembangun sistem operasi dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerentanan Sekuriti Pada Rekaan Cip Intel Dilaporkan – Kemaskininya Dijangka Memperlahankan Komputer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info