Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Ingin Menawarkan Sokongan Rakaman Seumpama Kamera Profesional Pada Peranti Mereka

Huawei pada hari ini sedia menawarkan sokongan kamera yang sangat baik pada telefon pintar seperti Mate 10 dan sebagainya. Namun, ia semestinya tidak memuaskan hati pengeluar mahupun pengguna – dan bergerak kehadapan, mereka ingin menambah-baiknya lagi.

Bercakap kepada Android Authority, CEO Huawei dipetik mengatakan yang mana mereka ingin menawarkan ciri sokongan rakaman seumpama kamera profesional pada peranti akan datang mereka. Selain Huawei, pelbagai pengeluar lain turut memfokuskan ciri kamera yang lebih baik pada telefon pintar mereka.

Sebelum ini sendiri, kita pernah melihat beberapa peranti hadir dengan sokongan zoom dan pelarasan lensa seperti pada Nokia Lumia 1020 dan sebagainya.

Disamping itu, integrasi kecerdasan buatan juga dijangka akan menjadi fokus ramai pengeluar pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Ingin Menawarkan Sokongan Rakaman Seumpama Kamera Profesional Pada Peranti Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info